Saturday 17 March 2012

Pesan arwah ayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Post kali ini berkaitan dengan budaya mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. Adakah perbuatan ini salah satu budaya yang memang ada pada masyarakat malaysia?

Kebetulan ada seorang friend 3dcanvasphoto terjumpa hasil canvas yang telah dihasilkan oleh kami di satu laman sosial milik tak tau la siapa yang juga menyediakan perkhidmatan canvas. Bukan setakat gambar sahaja tetapi trademark dan juga ayat 3dcanvasphoto ditirunya bulat2.

Yang buat 3dcanvasphoto rasa terkilan apabila gambar canvas hasil kami diletak trademarknya sendiri. Patut ke? Dalam dunia perniagaan, memang ada persaingan tetapi tolong hormat hasil kerja orang lain. Bukannya ambil bulat2 dan buat seperti hasil sendiri. Rezeki semua ditangan Allah.

Arwah ayah selalu pesan "Berniagalah dengan sejujurnya. Sentiasa berikan yang terbaik kepada customer. Insyallah.. Allah maha Adil"

0 comments:

Post a Comment